I will not talk to you unless you come to me and start a conversation. I'm not the kind of person who would start a conversation. I will shut my mouth if there is nothing I want to say. Sekian, terima kasih.

Sunday, August 23, 2015

Kata Orang

Dear Blog (:

Salam 1 Malaysia 

Kata orang tua-tua, suami itu macam nyawa isteri. Apa-apa yang kita hendak buat dan ke mana kita hendak pergi perlu ada suami, baru rasa selamat baru rasa bahagia. Kalau berjauhan dengan suami terasa hilang semangat. Demikian jugalah dengan perasaan yang sepatutnya ada dalam hati si suami terhadap isterinya. Perasaan saling ingat mengingati antara suami dengan isteri itu akan menyemarakkan lagi rasa cinta dan kebahagiaan rumah tangga.

Manakala, cara kita memberi tumpuan atau fokus kepada kehidupan. Iaitu kita fokus kepada apa yang pasangan kita hendak daripada kita, bukan apa yang kita hendak daripada pasangan kita. Untuk bina kebahagiaan dan rasa kesyukuran atas anugerah Allah kepada kita pasangan sebagai teman hidup, jangan fokus kepada apa yang kita tidak ada, tetapi fokuslah kepada apa yang kita ada hasil daripada perkongsian hidup itu. Untuk kehidupan masa hadapan, jangan fokuskan lagi kepada kehidupan masa lampau kita.

Cara untuk mendapatkan penyesuaian dalam penyatuan dua imej diri yang berbeza ini adalah pertama, kita perlu cuba fahami pasangan kita dahulu, barulah pasangan kita akan memahami kita. Kedua, jangan harapkan orang lain yang menyelesaikan masalah kita, sebab masalah itu ada dalam diri kita dan pasangan kita sahaja. Masalah yang timbul hanya kerana berlaku pertentangan dalam minda kita. Oleh sebab itu, betulkan lah  persepsi fikiran, maka emosi dan tindakan akan menjadi betul dan sehala atau sehaluan dengan pasangan kita.

Kalau kita percaya bahawa semua yang kita miliki adalah sementara, kerana semuanya milik Allah SWT, sama ada suami atau isteri, kita tidak akan takut kehilangan dan bimbang orang yang kita sayangi diambil orang. Kerana orang yang benar-benar bahagia ialah orang yang sentiasa redha dengan ketentuan Allah, dekat dengan Allah dan mendapat kasih sayang Allah. Sentiasa berasakan Allah segala-galanya, manusia tidak ada makna apa-apa pun dalam hidup kita. Jangan terpesona dengan pujian manusia dan jangan tergugat dengan umpatan dan kajian manusia. Yang genggam hati manusia ialah Allah. Cari suami yang taat kepada Allah dan dengan ketaatannya itu kita sebagai isteri semakin menghormati dan mentaatinya. Suami pula pilihlah isteri kerana agamanya sebagai satu syarat yang utama.

sekian . Terima Kasih 

No comments: