Dear Blog (:
Salam 1 Malaysia
Alhamdulillah , pada hari ni aku sungguh bersyukur kerana harini merupakan ulangtahun atok tersayang
yang ke 76 .
Ya Allah terima kasih kerana kau masih memberi kesihatan tubuh badan yang baik pada Atokku
Semoga kau kekalkan lah rezeki yang kau berikan pada Enc. Ahmad Suradi ini . Amin Ya Robb
Bila call atok , atok mesti kata , "Nurul, nurul tak balik ? " selalu atok akan bertanya kan soalan ini sebelum meneruskan apa. apa perbualan . Sebak sangat tapi tahan , sebab masa dan keadaan memaksa untuk stay berjauhan sementara ngan atok .
Walau apa pun , Atok , saya sayang atok sangat . !
Atok kata tadi "Alhamdulillah , ingat lagi yaa hari jadi atok ? " nada atok macam tu , aku dah mula sebak jee kat hati , kau tau bagaimana rasa apabila situasi kau nak bersama dengan orang yang kau paling sayang tapi kau perlu berjauhan .Ini adalah hari istimewa bagi Atok . Tapi aku tiada disampinya si dia. Hanya Doa dari jauh aku sematkan untuk beliau ..
Atok menjaga aku dari bayi sehingga aku meningkat dewasa, time aku sekolah sampai lah meningkat remaja , atok jarang mengeluh penat kerana bersusah payah menghantar aku ke sekolah..
Tapi dari riaksi dari riak muka,
sudah jelas membuktikan atok IKHLAS melakukan semua hal .
Alhamdulillah atok , jelas terasa . Terima Kasih atas segala pengorbananmu .
Salam Ulangtahun 76 buat Atok tersayang Hj. Ahmad Bin Suradi
No comments:
Post a Comment