Dear Blog (:
Salam 1 Malaysia
Hari ni , jom kita kongsi mengenai kenapa Allah memilih Nabi Isa
sebagai Pembunuh kepada Dajjal ?
Ok begini kisahnya , Apabila hari kiamat hampir tiba nanti,
Allah akan turunkan Nabi Isa bagi menghancurkan Dajjal
Kenapa Allah memilih Nabi Isa..?
Nabi Isa diturunkan untuk baginda membersihkan namanya, berkaitan peristiwa baginda disalibkan dahulu …
Selain itu, sewaktu peristiwa Israk Mikraj baginda memberi salam pada Nabi Muhammad SAW…Oleh kerana mengetahui kelebihan menjadi umat Nabi Muhammad maka baginda berdoa dan bermohon kepada Allah supaya diperkenankan untuk menjadi sebahagian umat Muhammad..
Maka doa Nabi Isa itu telah Allah Swt perkenankan..Sebab itu baginda diturunkan apabila saat hampir kiamat nanti…Seperti yang diketahui, ketika Nabi Isa diangkat ke langit dahulu, baginda masih bujang dan belum berkahwin.Turunnya baginda ke bumi, setelah berjaya membunuh dajjal laknatullah dikatakan baginda akan memerintah di dunia ini sehingga 40 tahun..dan baginda juga akan Allah temukan jodoh, diberi peluang berkahwin dan berkeluarga seperti nabi-nabi lain.
Sehingga sampai tempoh yang ALLAH beri, maka baginda akan diwafatkan..Dikatakan jasad baginda akan dikebumikan bersebelahan makam Saiyidina Umar Al-Khatab…Begitu kisahnya..
No comments:
Post a Comment