Dear Blog (;
Salam 1 Malaysia.
Kata orang nak kahwin ketika usia muda memberi banyak kebaikan daripada keburukan.
Sejauh manakah kebenaran ini? Berikut antara sebab dan akibat jika kahwin muda :
Perkahwinan ialah salah satu perkara yang indah dalam hidup. Setiap daripada kita pastinya ingin menikmati nikmatnya perkahwinan bersama yang tersayangkan . Tidak kiralah sama ada sewaktu senang mahupun ketika susah.
Ada di antara kita yang berkahwin mengikut pilihan ibu bapa masing-masing dan ada juga yang mengikut pilihan hati sendiri.
Berkahwin ketika usia masih muda bukanlah suatu perkara yang asing dalam masyarakat Melayu hari ini. Malah ada yang masih menuntut di pusat pengajian tetapi ingin berkahwin sebelum tamatnya pengajian.
Perkara ini dilihat sebagai salah satu trend dan ikutan buat generasi muda pada era masa kini.
Masa
Dari segi masa, mungkin anda akan terikat dengan kehidupan sebagai seorang isteri.
Pelajaran mungkin akan sedikit terganggu kerana masa untuk belajar telah digunakan untuk memasak, mengemas rumah dan membasuh baju serta menjaga keluarga .
Anak
Mungkin sewaktu anak dilahirkan anda masih belum berjaya menamatkan pengajian. Perhatian pula akan lebih tertumpu kepada anak anda yang dambakan perhatian seorang ibu.Oleh itu gangguan mungkin akan berlaku .Tetapi jika sudah terlebih dahulu mempunyai misi perancang keluarga.Mungkin boleh memberi sediit ruang kepada anda yang bakal berkeluarga.
Persediaan
Persediaan yang rapi amatlah perlu untuk memastikan anda dapat melayari bahtera perkahwinan bersama pasangan anda demi menjaga keharmonian rumah tangga masing masing.
Pengalaman
Jika berkahwin awal iaitu pada usia muda anda juga mungkin dapat menimba pengalaman dalam menjadi pasangan suami isteri. Anda boleh merancang kehidupan berkeluarga dengan pasangan supaya tidak mengganggu pembelajaran anda sehingga anda dapat menamatkan pengajian.
Fizikal
Kahwin ketika usia muda dapat mengelakkan diri daripada terjebak kepada perkara yang tidak berfaedah. Sebaliknya masa terluang boleh diluangkan bersama pasangan dan anak.
Dalam pasangan berumah tangga, Tidak kiralah pasangan tersebut dipilih oleh siapa sekalipun, kita bertanggungjawab memastikan keharmonian rumah tangga dijaga bersama.
Ada pro dan cons dalam berumahtangga pada usia muda lebih-lebih lagi sebelum tamatnya pengajian. Anda yang menentukan masa depan anda dan andalah yang mencorak kehidupan berumah tangga yang bakal anda lalui kelak.
No comments:
Post a Comment