I will not talk to you unless you come to me and start a conversation. I'm not the kind of person who would start a conversation. I will shut my mouth if there is nothing I want to say. Sekian, terima kasih.

Monday, June 22, 2015

Kedekut ke tak si dia

 
Dear Blog (;
Salam 1 Malaysia.
 
Ops, kedekutkah si dia? HAHA..
Semua benda nak dihitungnya,semua benda nak berkira ?Ish.. Ish.. Ish..
 dari sekecil-kecil benda hinggalah kepada sebesar-besar benda. Aduhai, makan hati korang  jawabnya! Setiap kali keluar dating, pasti kita yang banyak mengeluarkan belanja berbanding dengan  si dia. Lagi lagi bila kuasa beli kita lebih memadai dari si dia dan Padahal, si dia hanya diam sambil memerhatikan kamu tanpa ada sebarang perasaan bersalah langsung. Perghh lagi terasa anoyy gilakan.  Teganya si dia memperlakukan korang  seperti itu!
Kalau rasa tak mampu jangan lah mewujudkan hubungan atau berangan untuk berhubungan..
dengan cara si dia begitu boleh menjarakkan lagi hubungan korang dan lagi lagi kena tinggal . Selamat Tinggal. Bukan nak kata perempuan ni MATRIALISTIK. tapi kalau setiap kali itu ini hanya si dia sahaja yang memandang .. alamat bersabar dan terus mendiam memang padan kan muka si dia . Betul tak korang perempuan .
 
Jom check mana tahap KEDEKUT si dia :

-Kalau dia betul2 kedekut nak mampus, semua benda nak mengira dari korang keluar sampai balik, wallet kamu selalu keluar, that mean :

Sahlah si dia memang kedekut!
 
Sakit jiwa dan makan hatilah jawabnya nanti. Cuba kamu bayangkan, apabila teman lelaki kamu mula berkira dengan kamu. Serba serbi akan dicongaknya malah si dia sanggup meminta bayaran ke atas barangan yang pernah dibelinya itu. nampak sangat si dia terlalu mengawal pengeluaran wangnya tanpa memikirkan perasaan kamu. nama pun pasangan kekasih, apa salahnya sekali sekala si dia mengeluarkan wang dan membelanja kamu makan, membeli belah ataupun menonton wayang. Bukan selalu pun kan? Jika nak dibandingkan dengan kamu, siapa yang lebih banyak mengeluarkan wang? Sudah tentulah kamu. namun si dia tidak pernah ambil peduli sekalipun. Jadi, kamu fikir
fikirkanlah mana yang baik dan buruk.

-Kalau si dia pergunakan kamu untuk keperluan dia sendiri . cth : Dia meminta kamu memakai wang kamu, dan lambat sudah diam tanpa khabar , that mean : 


Sah dia pentingkan diri dan kedekut sederhana (Nampak tak Nampak )

Fuh, nasib baik si dia tidak keterlaluan sangat dan masih lagi boleh bertimbang rasa. Sekurang-kurangnya tidaklah kamu rasa macam nak makan orang sahaja. Walaupun ada sedikit perasaan kedekut dalam dirinya, tetapi tidaklah sampai si dia terlalu berkira dengan kamu. Sebolehnya si dia cuba untuk berlaku adil dan sentiasa menyenangkan kamu. Mungkin si dia agak berjimat setiap kali keluar bertemu janji dengan kamu, namun tidak pula si dia sanggup mempergunakan kamu untuk kepentingan dirinya. Cuma kadang-kadang ada juga si dia meminta kamu membayar makanannya ataupun belanja si dia menonton wayang. Jimatnya bukan main lagi. Kamu kena cuba mengajarnya untuk berkongsi wang dengan kamu atau membiasakan dirinya untuk bertanggungjawab! Jangan biarkan si dia naik lemak pula.
 
 
Bertuahnya kamu, si dia tidak kedekut!

-Kalau setiap temu janji kamu dengan si dia, wallet kamu tidak pernah tersentuh, malah jika bersama-sama keluarga mahu pun kawan2, si dia pemurah dan baik hati untuk treat kamu semua.Bukan nak kata dia berlagak mewah or berduit tetapi sekadar tak berkira :


Wah, tentu seronok dan kamu pasti bangga dan senang hati bukan? Maklumlah, dapat pula teman lelaki yang pemurah langsung membuatkan hidup kamu kelihatan mudah dan senang.langsung tak pernah berkira. Kamu tidak perlu memikirkan soal wang malah nak mengeluarkan wang juga tidak perlu. Setiap kali keluar, pasti si dia yang akan membayarnya untuk kamu. Apa yang kamu impikan atau inginkan pasti akan cuba ditunaikan oleh si dia,even lambat sekali pun kemahuan kamu itu. Kamu sangat beruntung berbanding rakan kamu yang lain. Jadi hargailah dirinya dan jangan sesekali kamu berlaku curang mahupun mempermainkan dirinya.
-Sekian Terima Kasih :)

No comments: